Saturday 8 October 2016

Beberapa hari yang lalu, kami PPISMP opsyen BC telah mengikuti kegiatan kunjungan pameran yang bertema “INOVASI TUNJANG TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” di Dewan Seri Budiman di IPTHO. Dalam kunjungan itu, saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan mendapat banyak pengalaman yang baru selepas kunjungan tersebut. Jadi, pada kesempatan ini, setelah melakukan kunjungan pameran, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat laporan inimMoga-moga dapat menjadi inspirasi dan mampu memberikan banyak manfaat yang lain.
Dalam kunjungan pameran ini, terdapatlah sebanyak tujuh puluh bahagian yang berbeza tajuk masing-masing. Misalnya, Multi Purpose Table, Flexi-Level Cupboard, Almari Beroda, Frozen Box, Poket Bag, Multipurpose Magnetic Cupboard dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kreativiti dan inovatif sendiri. Ini telah menunjukkan suatu usaha yang amat baik bagi mendidik anak-anak murid yang bakal menerajui tampuk pemerintahan kelak dengan cara yang lebih menarik. Saya mempercayai bahawa jika semua usaha dilakukan dengan sempurna maka dapatalah menghasilkan anak murid yang berkelas minda pertama.
Dalam kesemua tajuk yang terdapat, saya paling suka akan ialah Flexi-Level Board. Hal ini demikian, benda ini dicipta oleh murid-murid dari Persatuan Sains, SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT, JOHOR. Ini telah menggagumkan saya kerana mereka  dapat menciptakan sesuatu benda dengan begitu menarik dan berguna. Menurut mereka, Flexi-Level Board dicipta untuk membantu murid-murid bagi mengambil buku-buku pada aras yang tinggi di perpustakaan dan khasnya untuk murid yang rendah . Hal ini demikian, kadang kala buku telah terdapat di rak yang lebih tinggi apabila murid tersebut cuba mengambil buku tersebut buku-buku akan jatuh dan seterusnya menimpa kepala mereka dan berlakunya cedera. Selain itu, inovasi ini juga sekali gus memudahkan orang dewasa bagi mengambil pakaian ataupun barang-barang yang lebih tinggi. Inovasi ini juga jelas menunjukkan pengaplikasi kemahiran RBT dan ilmu pengetahuan Sains tentang mesin ringkas dan kompleks bagi menghasilkan mesin untuk mengatasi keupayaan manusia.
Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan sebagai pengantar dalam laporan ini. Atas kekurangan yang ada di dalamnya, saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Akhir kata saya ucapkan : “SELAMAT MEMBACA DAN MEMPELAJARI”.




1 comment:

  1. Best casinos in 2021 - CA Casino Review
    The Best Online Casinos for 2021 — deccasino In 2021, the best casinos in the US 제왕 카지노 were Bovada, InterTops, and Caesars. The 바카라 사이트 online casino market is growing as

    ReplyDelete