Thursday 15 September 2016

Refleksi Tentang Kursus GKK 1043


Melalui kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan selama dua bulan, saya telah menuntut banyak ilmu serta pengetahuan baru yang  tidak pernah belajar semasa berada di sekolah rendah mahupun menengah. Sebelum saya masuk ke IPG, saya hanya sekadar menonton televisyen di rumah sahaja dan sudah berbulan-bulan tidak bersenam kerana amat malas. Kursus ini telah menyedari saya bahawa bersenam adalah sangat penting kerana amalan ini akan menjadikan kita lebih cergas  dan dapat mengekalkan berat badan. Dalam  minggu  pertama, saya  berasa  mudah  letih  semasa  menjalankan aktiviti. Untuk  meningkatkan  daya  tahan  otot  dan  daya  tahan  kadiovaslukar, saya pun selalu memaksa saya sendiri mencapai target yang ditetapkan. Contohnya, pada mulanya saya telah menggunakan 36 minit untuk mengelilingi padang astaka sepanjang 2.5 km, tetapi pada minggu seterusnya,saya mencabar saya sendiri supaya menggunakan masa yang singkat untuk mengelilingi padang astaka sepanjang 2.5 km.Pada akhir minggunya ,saya boleh menggunakan masa hanya 28 minit untuk mengelilingi padang astaka.

Selain daya tahan kardiovaskular dipertingkatkan, daya tahan otot saya pun sudah dipertingkatkan.Contohnya, pada mulanya, saya hanya boleh tekan tubi sebanyak 20 kali seminit, saya pun selalu terpaksa saya sendiri mencapai target yang ditetapkan dengan bertambah 4 kali setiap tekan tubi  pada setiap minggu.Pada minggu akhirnya, saya berjaya dapat tekan tubi sebanyak 32 kali seminit tanpa henti.

Di samping itu, saya telah menganalisis kadar nadi saya pada seluruh bulan. Data dalam graf iaitu daripada hari Isnin minggu pertama ialah 89 denyutan seminit hingga hari Isnin minggu keempat pula ialah 79 denyutan menunjukkan bahawa kadar nadi rehat saya menurun. Manakala pada hari Jumaat, kadar nadi saya lebih tinggi kerana saya mimpi dikejar anjing. Saya juga berasa tidak cepat letih semasa menjalankan aktiviti yang berat.Saya berasa badan saya telah menjadi lebih kuat dan lebih sihat.Seterusnya, otak saya menjadi ledih cergas dan saya dapat mengesani dan mempelajari dengan lebih efisien serta tidak mudah mengantuk semasa kuliah berbanding dengan dahulu.

Oleh itu,  saya akan terus mengambil inisiatif bagi meneruskan senaman kerana memandangkan terdapat banyak kebaikan bagi saya.

1 comment:

  1. Las Vegas hotel and casino - KTNV
    KSNV-TV 김포 출장안마 and 상주 출장샵 KTNV-TV are 남양주 출장마사지 offering a free $20 free bet each week from 8 a.m. to 4 전라남도 출장샵 p.m. Monday. Casino: Las 제천 출장마사지 Vegas; Hotel: Harrah's Resort Hotel and Casino

    ReplyDelete